Kita senang bersedekah tapi susah berbuat baik

Salam.

Sumber: Google images

Ramai di antara kita yang dah set dalam minda mereka yg sedekah ni mesti dalam bentuk wang ringgit dan senyuman. Sebab dua tu je yg selalu diingatkan, padahal banyak lagi cara untuk amalan kita diterima sebagai sedekah.

Memang ramai di kalangan kita yg tiada masalah bila nak menderma tetapi sedikit sahaja yg rajin nak meringankan tangan untuk tolong orang lain padahal buat baik tu pun boleh dianggap sebagai sedekah.

Sabda nabi: “Setiap kebaikan adalah sedekah”. (Muslim)

Kalau based on hadis kat atas ni, asalkan kita buat baik dah dianggap sedekah. So, kalau member korang ke atau sape2 mintak tolong tu ringankan la tangan untuk tolong dia. Tak payah la nak buruk sangka dan anggap member korang tu nak ambil kesempatan ke... Niat la dalam hati tu nak permudahkan urusan orang lain. 

Masa nak tolong tu bayangkan la kalau korang la orang yang diberi pertolongan tu, mesti korang rasa happy kan bila ada orang tolong kita...So, orang yg kita tolong tu pun mesti akan rasa benda yg sama bila korang tolong dia. Kenapa benda ni dianggap sedekah? Sebab korang dah sedekahkan masa dan tenaga untuk orang lain.


Sumber: Google images
Sebenarnya aktiviti seharian yang kita lakukan pun boleh dianggap sedekah. Contoh la...setiap hari korang drive kereta tak kira la nak pergi kerja atau mana2 la. Masa korang drive tu ada la mamat kt depan mintak laluan dan bagi signal nak masuk kiri, korang pun lepaskan pedal minyak biar slow sikit kereta nak bagi dia masuk dengan niat untuk permudahkan urusan dia. 

Benda2 camni pun dianggap satu kebaikan dan boleh dianggap sebagai sedekah tapi jangan la sampai nak bagi jalan kat driver depan sampai menyusahkan driver yang lain kat belakang. Tu dah menyusahkan orang lain pulak jadinya.

Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang boleh kita buat untuk dikira sebagai sedekah. Kat bawah ni ada hadis tentang cara-cara lain untuk bersedekah selain mengeluarkan wang ringgit atau harta benda.



Dari Abdillah bin Qais bin Salim Al-Madani, dari Nabi Muhammad saw. bahwa beliau bersabda,


“Setiap muslim harus bersedekah.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana pendapatmu, wahai Rasulullah, jika ia tidak mendapatkan (harta yang dapat disedekahkan)?” Rasulullah saw. bersabda, “Bekerja dengan tangannya sendiri kemudian ia memanfaatkannya untuk dirinya dan bersedekah.” 

Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah saw.?” Beliau bersabda, “Menolong orang yang memerlukan lagi teraniaya.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah saw.?” Beliau menjawab, “Mengajak pada yang ma’ruf atau kebaikan.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah saw.?” Beliau menjawab, “Menahan diri dari perbuatan buruk, itu merupakan shadaqah.” (HR. Muslim)



Oleh itu, sedekahlah selagi kita masih hidup ni. Perbanyakkan amalan dan sentiasa niatkan aktiviti seharian yang kita lakukan adalah ibadah kerana Allah SWT. Kalau ada harta berlebihan tu, perbanyakkan la sedekah kerana sedekah jariah ni di antara 3 perkara yang tidak putus amalannya selepas kita meninggal dunia:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


"Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya".


Sekian.


Baca lagi:

Marah pun bagus ke...
Hikmah wujudnya seorang spammer
Rileks la, muda lagi...
Macam pernah je...

Aku betul, orang lain salah

Sepanjang hidup korang, mesti korang pernah bergaduh berselisihan pendapat kan? Tak kira la dengan kawan-kawan ke, adik-beradik ke, anonymous di alam maya ke....So, aku nak tanya korang apa tujuannya kita bergaduh berselisihan pendapat ni? Nak tunjuk yg kita je betul? Nak rasa kepuasan bila dapat buktikan orang lain salah? Nak hilangkan bosan dengan sakitkan hati orang lain?


Sumber: Google images

Bila tiada merungut, bila ada disia-siakan

Bismillahirrahmanirrahim.

Perasaan yang aku rasa sekarang ni mungkin korang jugak pernah rasa. Nak tau perasaan apa? Perasaan bosan bila dah tak tau nak buat apa. Biasanya Student yang tengah cuti sem atau budak-budak sekolah yang baru lepas habis spm akan rasa benda ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...