Rileks la, muda lagi

Salam sejahtera guys. Hari ni aku ada rajin sikit, boleh la nak update entri. Kalau korang baca tajuk entri pun boleh agak kan aku nak cerita pasal apa. Sebelum aku cerita, aku nak tanya la….korang rasa happy tak bila tibanya birthday korang?  Aku rasa ramai yang happy kan….Ye la kadang2 dapat hadiah, kadang2 orang belanja makan, kadang2 kena baling telur dan tepung, kadang2 kena conteng kereta dan macam2 lagi la.


Sumber gambar

Yang kena baling2 telur semua tu aku tak tau la kalau korang rasa happy jugak sebab aku tak pernah kena. Sebab birthday aku pun tak ramai orang tahu dan aku pun tak kisah kalau orang tak tahu. At least kalau aku lupa birthday orang takde la diorang kisah sangat sebab birthday aku pun diorang tak tahu. Lagi orang tak tahu, lagi la kurang possibility untuk aku kena baling2 telur, tepung tu semua. Aku happy lagi macam tu. 

Pada aku tak salah pun nak sambut birthday, tapi kalau boleh tak payah la membazir nak baling telur la, baling tepung la. Aku yang tengok orang kena baling telur pun tahu tak best bila dibuat macam tu. Dah la tak best. Busuk.  Membazir. Baik belanja aiskrim RM1.05 Tropicana kat birthday boy/girl tu.

Pada aku ok je kalau nak ada parti ke nak ajak ramai2 keluarga makan besar bila birthday tu. Tapi jangan membazir dah la. Lagi satu aku nak tanya, masa birthday tu korang ada tak teringat yang sebenarnya maut semakin dekat dengan kita apabila bertambahnya usia kita? Kalau pernah bagus la…kalau tak pernah kiranya masa birthday tu pun bagus kalau korang ingat benda ni, doa banyak2 supaya umur korang dimanfaatkan dengan perkara2 yang baik supaya tak sia2 kehidupan korang. Lagi tua kita, lagi dekat kita dengan kematian.

Sumber gambar
Ok. Sebenarnya entri ni ada kaitan dengan entri2 yang lepas. Kalau korang baca entri2 lepas yang aku publish, mungkin korang dah tahu apa yang aku nak sampaikan ni. Nak tahu apa dia? Entri ni untuk menjawab soalan yang aku letak pada entri lepas berkenaan dengan umur aku. Ni soalan dia:
2, 5, 50, 169, 13, 16, 160, 576, ___, 27
Kat tempat kosong tu umur aku.

Ni soalan kira2 sebenarnya. Kalau korang minat math, korang boleh je jawab. Soalan ni berbentuk pattern number. Aku letakkan soalan ni pada entri aku yang lepas dan ada orang yang jawab betul sebenarnya. Tapi aku tak sahkan lagi je yang jawapan dia betul.

Jadi, macam ni cara nak kira:

Pecahkan pattern dulu

a) 2, 5, 50, 169, 13                                             -> 2 + 3, 5 x 10, √169
b) 13, 16, 160, 576, __                                      -> 13 + 3, 16 x 10, √576
c) __, 27, .…, ….                                                -> __ + 3, ...., …..

Jadi jawapannya ialah 24. Rileks la, muda lagi kan? Jadi, tahniah la kepada Natra Ismail sebab jawab dengan betul. Aku harap korang faham la apa yang aku terangkan ni. Kalau tak faham, pandai2 korang la….
√169 = 13,   
√576 = 24 

2 + 3 = 5,  
13 + 3 = 16,  
24 +3 = 27
Sekarang dengan rasminya aku megumumkan umur aku pada tahun ini ialah 24 tahun. Aku harap korang berpuas hati dengan pengumuman ni dan diharapkan tiada bantahan terhadap keputusan yang telah dibuat. Huhuhuhu….

Oleh itu, bersempena dengan pengumuman rasmi umur aku iaitu 24 tahun, aku terasa macam nak kongsikan sesuatu yang boleh menyedarkan aku dan korang semua bahawa ramai orang kat luar sana sudah berjaya pada umur2 macam ni. Jadi, kat bawah ni antara individu2 muda yang sudah berjaya ketika umur bawah 25 tahun. Untuk pengetahuan korang, kat bawah ni umur ketika diorang berjaya, bukan umur sebenar.




1.Blake Ross, 24 tahun
Blake Ross merupakan pengasas kepada web browser Mozilla Firefox yang mungkin korang pun pernah pakai semasa melayari internet. Mozilla Firefox ni antara web browser yang agak popular setanding dengan google chrome, internet explorer dan lain2. Mamat ni masa umur dia macam aku iaitu 24 tahun, dah cipta browser sendiri. Kalau aku? Hmmmm…..Blog ni je la yang aku mampu cipta setakat ni.


2.Mark Zuckerberg, 25 tahun
Yang ni aku rasa korang semua dah tahu yang dia ni la yang mencipta facebook. Kegunaan facebook tu aku tak payah terangkan lagi la, dah popular sangat dah facebook ni. Semasa umur 25 tahun lagi dia dah mampu mencipta media sosial yang digunakan berbillion manusia. Hebat.


3.Matt Mullenweg, 25 tahun
Ciptaan individu ni tersangat la popular di kalangan blogger. Matt Mullenweg ni merupakan pengasas kepada wordpress.org yang mana diguna pakai oleh ramai blogger2 di serata dunia. Dia ni pernah menolak tawaran bernilai $250 million untuk menjual WordPress. Wordpress ni aku pun tak tahu lagi macam mana nak guna sebab aku masih lagi newbie dalam berblog ni. Tapi, kejayaan mamat ni sangat impressive kerana mampu mencipta satu platform yang diguna pakai oleh berjuta orang di luar sana ketika berumur 25 tahun.


4.David Karp, 22 tahun
David Karp merupakan pengasas kepada sebuah lagi blogging plaform iaitu Tumblr.com. Tumblr ni lebih mementingkan dua ciri iaitu ‘ease of use’ dan juga ‘customization to its users’. Yang ni lagi la impressive pencapaian dia. Ketika berumur 22 tahun lagi dah mampu mencipta blogging platform yang diguna pakai oleh blogger2.



Kat atas ni serba sedikit info mengenai individu2 yang berjaya pada usia muda. Kalau korang nak baca lagi boleh klik pada link yang aku bagi ka atas ni. Sebabnya, banyak lagi individu2 muda berjaya yang aku tak listkan pada entri ni. Ada 25 kesemuanya tapi aku cuma listkan 4 je la sebagai pembakar semangat kepada kita semua untuk menjadi seseorang yang berjaya dan dikagumi ramai kelak.

Walaupun tak salah untuk kita mencari kejayaan dan mencipta nama kat dunia ni, tapi jangan lupa gunakan umur kita sebaik mungkin untuk beribadah kepada Allah dan melakukan amal2 yang soleh sebelum tibanya hari tua dan kematian.
Surah Al-Asr (Ayat 1-3) 
1)Demi masa

2)Seseungguhnya manusia kerugian

3)Melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.

Sekian sahaja perkonsgian aku untuk kali ini. Aku harap korang beroleh manfaat daripada entri aku ni. Terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entri ini. Assalamualaikum.

31 ulasan:

  1. serius aku xpaham kira2 kt atas tu., hahaha
    pe2 pun hp bday.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. tah..susah btl kn..die ingat kite boleh bace fikiran die? bg equation senang2 sudah la..

      Padam
    2. Hahaha...x pasal2 je dapat free wish. Cerita pasal bday tu sesaja je bagi ada intro sikit. Birthday aku dah lama lepas. Thanks la wish.kahkah... Sorry la kalau x paham pasal kira2 tu. Tak tahu nak terangkan camne lagi.

      Padam
    3. @una, x challenging la bg soalan senang2. Lagipun soalan bentuk camni memang popular sebagai online assessment sebelum interview. Saja nak expose soalan camni. Takpe la x boleh jawab. Yang penting dah tahu umur saya kan. Dah2 la tu....huhu...

      Padam
    4. cube la teka umo una bape pulak..

      Padam
    5. @una

      Hmm....senang sgt nak teka ni. Mengikut pengiraan saya umur una dalam range 20-30 tahun.

      Tapi kalau nak teka yg tepat punya. Saya tidak syak lagi umur una skrg 24 tahun. Takkan la saja2 je kan nak suruh saya teka kat entri ni kalau umur una bukan 24 tahun. Hint obvious sgt tu....

      Padam
  2. wuishh entry penuh dengan ilmiah. noted. thanks yaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Thanks to you too sebab sudi baca entri ini dan puji2 penulisan saya yang memang best ni. Hahaha....

      Padam
  3. sy secara personally suka cara penulisan awk....panjang lebar....n penuh information...
    kalau sy mmg x la tulis panjang2 huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks una. Idea entri ni pun datang dari soalan una tu jugak. So, disebabkan idea tengah mencurah-curah, rugi la kalau tak diblogkan. Hehew...

      Padam
    2. tapi skrg knape dah senyap..mesti sbnarnye byk bnda nk share tp bz kan...same la kite...tp kdg2 una secara personaly akan tulis blog kalau una rasa stress atau sedih..haha tp entry x nmpk mcm sedih kn..tp sbnarnye una yg tulis tu tga sedih..kdg2 la..pandai x sorok..

      Padam
    3. Busy jugak la... Tapi sebenarnya saya lagi senang nak dapat idea dan boleh update blog kalau tengah bersendirian. Susah nak focus dan update entri dengan baik kalau kat sekeliling saya ada benda bergerak terutama sekali manusia. So, macam tu la cerita dia.

      Padam
  4. ergh.part ombor tu skip terus.hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.....xpe la skip je. Memang agak susah gak nk paham jawapan dia tu. :)

      Padam
  5. kalu maths, otak aku cepat pikap sikit. jadi aku boleh paham explanation ko skali baca je. bukan nk bangga, tp syukur dgn anugerah Esa. tapi kalu bab sejarah tu ye bengap sikit. haha. bab birthday ni aku cuma tringin satu je. aku nak org hadiahkan aku kek yang bulat tu dengan tulisan 'selamat hari lahir (nama aku)'.. sepnjg hidup aku, aku x pnah dpt kek mcm tu. so sad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nice la bro. Ade gak yang paham aku tulis tu. Takde la rasa sia2 apa yg aku explain tu.

      Relax la... Aku pun x pernah lg dapat kek ada nama sendiri. Tak pernah pulak aku sedih. Mungkin sebab aku x berapa minat kek kot...

      Padam
  6. fuh , hebat . contoh paling dekat sebenarnya ialah sultan Al Fateh yang menakluk kota konstipel dlm umur yg sgt muda :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks kongsi pasal sultan al fateh ni. Lepas baca komen baru terasa nak google pasal sultan al fateh ni. Memang hebat sultan ni. Umur 21 dah tawan kota konstipel dan menguasai 6 bahasa. :)

      Padam
  7. singgah sini..

    http://koleksisainspercuma.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. aku nmpak nombor je tp aku pening nak kire =D
    aku pun x suke gak spesis baling2 telur.
    sipbaik gak kwn2 aku xde yg jnis gitu.
    rileks la baru 24. muda lagi. tp buleh dah planning utk kawen.
    calon dah ade? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...ok la tu boleh nampak nombor lagi. 24 dah x muda sangat la....plan untuk kahwin tu semua manusia normal ada tapi nak jawab calonnya dah ade ke belum tu.....hrmmm....I would say it's complicated. Huhuhu....

      Padam
  9. This is very late kalau nak ucap pun, tapi tetap nak ucap jugak.

    HAPPY BIRTHDAY!
    Birthday ni satu-satunya hari untuk kita. Kalau boleh sambutlah dengan yang tersayang...hehehe

    Bab soalan tu, tak terfikir plak kena pecah-pecahkan dia. Tapi sangat menarik utk uji kemahiran matematik aku yg dah berkarat reput ni...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks cero. Tak pasal2 jek semua wish aku birthday. Padahal masa aku tulis entri ni birthday aku dah lama dah lepas. Yang tersayang tu nanti2 la aku sambut dengan dia. Kalau tak tahun depan, tahun seterusnya...ngehngeh....

      Padam
  10. Eh! samalah bulan kelahiran kita Bro Ley ya...
    Tapi Bro Ley tak berapa nak bro sangat pada Mrs. A ngeh! ngeh! ngeh!
    Anyway! Happy belated birthday! semoga diberkati di dunia dan juga di akhirat.

    Apa!! matematik?? memang bukan bidang Mrs. A lettew! dari sekolah memang kurang minat matematik. Tu pasal le amik Mat Mod jer...

    Ait!! all 'Man' jerr.. 'woman' takde ker... kenalah Mrs. A google sendiri ya siapa woman yang succes di usia muda hiks!

    Sesungguhnya memang manusia dalam kerugian semoga kita tidak tergolong dalam manusia yang kerugian itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, sama ke? sebenarnya tak sama Mrs. A. Masa tulis entri ni pun dah lama lepas dah bufday saya.

      Tu lah....terletak semua lelaki pulak. Tapi saya letak ni berdasarkan tahap popular ciptaan diiorang. Tu yang jadi semua lelaki tu.... :)

      Padam
  11. ouh, happy belated birthday bro! ^_^ *lambung belon

    sebenarnya makin kita tua, birthday dah takda makna, dah tak best. birthday gua haritu gua takde rasa apa. bila ambik gmbar nampak mata gua sedih sedangkan tgh senyum. kawan cakap, tiap kali birthday perasaan kita akan otomatik jd sedih sebenarnya walaupun kita rasa kita tak sedih. entah la

    bab nak teka umur tu gua fail sbb gua tak suka math sejak azali ><

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks zyra. Betul tu lagi dah makin besar makin tak kisah dah pasal birthday ni. Gua pun selalu rasa sama macam lu la zyra. Rasa macam hari2 biasa je masa birthday cuma specialnya ada orang belanja makan. Mungkin tiap2 hari gua memang special kot. Tu yang hari special pun x rasa special. :)

      Padam
  12. ini subjek math pecah kepala ke ape bro.. kuikuikuiiiii
    11 Jun 2015 nnt jgn lupa hadiah ye (=

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pecah kepala sangat la. Ni baru biasa2 jek ni...hahaha...tengok la kalau saya ingat. Saya ni kadang2 birthday sendiri pun lupa, apatah lagi org lain punya. Huk..huk...

      Padam
  13. serious smart semuanya, yg paling smart yg last sekali umur 22 thn tu taksangkaanyaa beliau yg cipta tumblr *o* hebat lahhh T__T dan bro ley pun smart jgk, good job apa ada blog yg boleh bg manfaat pd org ni!! :D
    btw soalan math tu sebelum ni sya tkreti jawab, low math TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks sya. Memang smart pun diorang ni semua. Saya punya blog ni biasa jek. Tapi hopefully dapat la bg manfaat kepada pembaca semua.

      Biasa la ada org tak minat math. So, soalan kat atas tu memang susah la nak jawab sikit. Tapi boleh je jawab. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...