Menghargai Kegagalan

Setiap apa yang kita ada dan bagaimana keadaan kita perlulah dihargai sekalipun perkara tu nampak kurang baik.


Kalau korang set up bisnes tapi kurang menjadi, cuba fikir balik apa hikmahnya. Mungkin sebab kita belum bersedia dan sepatutnya lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga dan orang terdekat pada waktu tu sementara bisnes belum busy.

Kalau korang asyik mengeluh pikir pasal tak kahwin2, cuba fikir balik apa hikmahnya. Mungkin time single ni la masanya untuk kita hargai kawan2 dan family dengan luangkan lebih banyak masa dengan diorang. Lepas kahwin mungkin jarang2 dah nak dapat spend masa dengan diorang.

Kalau pergi interview still tak dapat2 kerja. Mungkin inilah masanya untuk kita rajinkan tangan untuk tolong parents dan luangkan masa dengan diorang sebelum korang dah busy dengan kerja yang kena balik lewat malam dan kurang nak dapat quality time bersama family.

Kalau korang tak pernah dapat A dalam pelajaran, korang kenalah juga hargai saat2 dapat B,C,D,E dan seterusnya sebab bukan senang nak dapat experience macam tu.
Ada orang seumur hidup dia tak pernah dapat keputusan selain A.
Kesian dia tak pernah merasa huruf lain.. eh??
Haha...


Apa pun yang berlaku, cuba cari hikmahnya. Aku percaya ada sesuatu yang kita perlu hargai dan rasa bersyukur sekalipun saat itu kita sedang jatuh tersungkur. Kadang kala kita terlalu megejar impian sehingga mengabaikan dan tidak menghargai apa yang telah kita ada. Dan apa yang kita telah ada itu kadang kala sesuatu yang sangat bermakna dan diimpikan orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. Walaubagaimanapun, menggapai impian tetap perlu diteruskan selari dengan tema anugerah skrin 2016.  (Tetiba....)

Hari tu anugerah skrin cerita "Redha" menang filem terbaik. Siapa dah tengok? Best tak? Aku baru tahu cerita tu wujud lepas tengok anugerah skrin hari tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...