Jual beli rumah pun dah ada scammer

Salam guys,

Sekarang ni agak hot cerita pasal scam jual beli rumah. Makin teruk dunia sekarang sampaikan orang yang terdesak nak cari rumah untuk duduk sendiri pun diorang boleh ambil kesempatan. Aku ada la baca bebrapa post kat fb dari sifu hartanah dan jugak page2 yang selalu bongkarkan scam atau mlm ni terutamanya page PW community dan Say No To MLM.


Dalam minggu ni hot cerita pasal rumah dengan harga RM40k-RM50k je. Memang melampau murah macam tak logik akal. Even orang yang dah biasa buat rumah pun akan kata kos tu terlalu murah dan tak masuk akal. Company yang offer rumah murah ni claim yang kos jadi murah sebab dia gunakan teknologi IBS(Industrial Building System). Aku pun tak sure macam mana IBS tu. Tapi lagi pelik kalau orang yg offer dan marketkan pasal IBS ni sendiri pun tak tahu pasal IBS. Haha...

Sebabnya aku ada la tengok slot rancangan TV Al-hijrah pasal company ni punya offer rumah murah tu. Masa dia cerita pasal IBS ni aku rasa macam apa yang dia cakap tu dia tak tahu pun apa dia IBS haha... Aku punya la semangat nak tahu apa yang dia nak terangkan rupanya bagi statement lebih kurang macam ni je yang aku dapat " Rumah yang kita bina kos lebih murah kerana menggunakan sistem IBS", Tu je..macam takde apa2.. haha

Lepas tu ada la orang share macam mana modus operandi diorang. Actually orang2 dalam company ni pun dah memang ada problem dah dengan company lama sebelum ni tapi masih jugak nak form company baru dan buat benda yang hampir sama.








 Lebih kurang macam kat atas ni la modus operandi diorang.

Yang kat bawah ni pulak aku tak sure betul ke tak. Just interesting untuk share sebab aku pun sebelum ni ada cerita pasal iphone preorder murah yang ramai kena scam jugak. 


Cuma aku alhamdulillah tak kena tipu sebab aku antara yang terawal. So benda2 yang too good to be true ni jadi la yang awal2 join baru susah nak kena tipu. Macam kes rumah murah ni yang awal2 join maybe akan dapat siap rumah diorang tapi yang lepas2 tu belum tentu sebab based on explanation fb status Khairul Ezuwan tadi tu la...

So be careful guys. Kalau agak sispicious dengan sesuatu offer tu better buat research dulu. Better lagi sewa rumah je daripada duit hangus kena tipu macam tu je. RM50k tu kalau sewa rumah RM1500 sebulan pun dah boleh cover utk dua tahun.

Tu je saja nak kongsi benda yang keluar kat newsfeed aku.
Semoga dipermudahkan segala urusan hidup kita.

2 ulasan:

  1. uish! melampau betul murah dia. 40k? memang sukar dipercayai! aku nak cari rumah flat 200k pun tak banyak dah. itu baru flat. belum lagi rumah landed. mintak dijauhkanlah dari penipuan sebegini. kenyang ke makan duit orang? kasian bangat sama si penipu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu takpe skrg nak cari 200k pun payah la.. Semua pun dh dekat 300k keatas. Tulah harap2 dijauhkan depd benda2 camni..

      Btw kau nak kesian kat penipu ke mangsa penipu ni? Haha..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...