Rakyat biasa lah yang selalu kena tindas

Sekarang ni cerita benda betul pun dah jadi macam bersalah pulak. Aku baru tahu yang ada blogger kena saman sebab publish info yang sahih pasal satu produk kosmetik.

sumber gambar
Benda yang dia post kat blog tu pun dia bagi sumber yang sahih pasal produk kosmetik tu. Yang mana Kementerian Kesihatan Malaysia pun siap bagi kenyataan produk yang dijual tu adalah berbahaya. Maksudnya memang sahih info dia. Aku ada baca hari tu tapi post yang pasal ni aku tak tahu masih ada lagi tak kat blog dia bila dah kena saman ni. 

Susah jugak sekarang ni.... Orang sampaikan cerita betul pun boleh kena saman. Padahal info yang disampaikan tu pun untuk elakkan lagi ramai orang bersiko dapat side effect daripada penggunaan produk yang dikatakan bahaya tu. 

Tapi nak buat macam mana kan. Bila semua orang nampak duit je kesihatan orang lain pun dia dah tak peduli. Ni KKM dah keluar statement menyatakan produk dia bahaya pun masih lagi nak acah suci saman orang yang sebarkan pasal berita tu. 

Ye la orang kaya ni bila tak puas hati dia ada duit. Dia boleh keluarkan duit kos2 untuk start saman macam tu je sebab dia tahu orang2 biasa macam kebanyakan blogger bukan senang2 nak dapat RM30k sedepuk macam tu untuk bayar kos guaman. Tak puas hati punya pasal sanggup saman blogger ni sebab nak menyusahkan blogger ni terpaksa keluar duit yang banyak. Btw, ni kes saman sivil. 

Siapa2 pun kalau kena saman maksudnya dia kena pergi mahkamah. Kalau buat bodoh je maybe lagi teruk kesan dia sebab mahkamah boleh keluarkan perintah ingkar. So penyaman boleh menang macam tu je. 
So kalau korang nak baca dan tahu pasal kes dia boleh la baca kat blog dia. Pandai2 la korang cari pasal kes ni kat blog dia ya. Haha.. Aku malas nak tulis direct benda2 macam ni. Aku share sikit2 je ni. Siapa2 yang berkelapangan tu pun boleh la sumbang dana untuk kos guaman dia. RM30k sekali kena keluar tu sakit weh.. 

Semoga pihak yang benar menang dan tak tertindas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...