Marah pun bagus ke...

Salam sejahtera readers2 sekalian. Korang suka tak kena marah? Aku rasa tak ada siapa pun yang suka kena marah kan tak kira la kena marah dengan bos ke, parents ke, kawan ke dan sebagainya la... 

Sumber gambar

Tapi tak kisah la macam mana sabar sekali pun perangai korang, aku yakin korang mesti pernah rasa marah kat sesuatu sepanjang korang hidup ni. Kalau tak marah secara terang2 pun, maybe korang marah dalam hati kan? Tipu la tak pernah rasa marah...

So, persoalannya sekarang ni bagus ke ada sifat marah ni? Kalau kita marah orang, bukan orang lain suka pun kan... Jadi, secara logiknya tak bagus la ada sifat marah ni.... Itu la yang selalu orang fikir. Aku pun fikir macam tu jugak...kenapa nak kena marah kalau boleh settle dengan cara baik..

Tapi kan....ada someone yang cakap kat aku yang marah itu perlu. Jadi, disebabkan dia kata perlu untuk aku marah, aku rasa aku nak marah2 sekarang ni.


KORANG TAHU TAK PASAL APA KORANG PERLU MARAH2? HAAA? TAKKAN TAK TAU KOT...
AKU MENYAMPAH LA ORANG TAK TAHU BENDA SIMPLE MACAM NI, PERGI LA BACA BLOG LAIN JANGAN DATANG SINI.

KORANG NAK AKU BAGITAU JUGAK KAN.....INGAT DAPAT? ZAMAN DAH MAJU, SEARCH LA SENDIRI TAKKAN SEMUA BENDA ORANG LAIN NAK BAGI? HAISHH.....

KENAPA KITA PERLU MARAH PUN TAK TAHU...APA LA. PENTING LA UNTUK KORANG MARAH BIAR DAPAT ATTENTION DARI ORANG RAMAI, BIAR ORANG TAKUT KAT KORANG PASTU IKUT JE APA KORANG SURUH. HAA….KAN SENANG JE TU...ITU PUN AKU NAK KENA BAGITAU KE....URGGGHHH…
Ok...aku rasa macam orang gila pulak tiba2 nak marah2 ni...Rasa janggal pulak nak jadi panas baran ni sebab aku rasa aku tak berkebolehan la...haha

Perenggan 4,5,6 berhuruf besar tu korang boleh abaikan isi2 kat dalam tu. Aku saja je nak test kebolehan aku dalam bab marah2 ni dan aku rasa macam tak sesuai langsung dengan perangai aku. Dah la aku ni penyabar, susah nak marah(ayat bajet..) memang tak kena langsung la dengan aku...haha

Ok..back to the discussion. Jadi, kenapa kita perlu marah? Kat bawah ni antara sebab-sebabnya:

1. Untuk melindungi hak sendiri
Cuba korang bayangkan situasi ni. Ada seorang bro nama dia Bro Lek. Dia ni seorang yang penyabar, tak pernah marah2, jenis yang suka maafkan orang pulak tu. Satu hari anak dia kena culik. Oleh sebab dia ni memang jenis penyabar, dia tak rasa nak marah pun anak dia kena culik, dia buat bodoh je.... perasaan marah tu macam dah tak ada dah la dalam diri dia. 

"Qalesya mana qalesya?...Haa..kena culik,Oh...... biar la, dah takdir dia nak kena culik kan." Bro Lek ni pun terus masuk bilik dan tidur. Huh! Terbaik kan...

Aku tak tahu la wujud ke orang macam Bro Lek ni. Memang rilek gila, semua benda buat cool je... Sekarang korang dah nampak kan kenapa perlunya kita ada sifat marah. Kalau korang tak ada sifat marah ni, memang korang tak akan ada rasa nak pertahankan la hak2 korang. Jadi la macam Bro Lek ni…kalau kena pijak2  kepala pun dia tetap steady buat bodoh jugak.
2. Semangat untuk berjuang
Korang bayangkan situasi ni pulak. Dalam Malaysia yang aman damai ni di mana slogan ' Syukurlah Malaysia masih aman' kerap kali disebut-sebut, tiba2 terjadinya sesuatu yang tak disangka-sangka. Bangladesh tiba2 menyerang Malaysia. Dengan kelebihan rakyatnya yang sedia ada melebihi rakyat Malaysia ditambah pula dengan skill hacking google Malaysia yang dah terbukti, dalam satu hari je settle satu Malaysia diorang tawan.


Sumber gambar
Disebabkan korang semua jenis penyabar dan tak ada perasaan marah, korang pun biarkan je penjajah ni berkuasa tanpa ada rasa nak pertahankan negara pun. Jadi, korang ikut je la apa yang pemerintah Bangladesh ni suruh. Diorang suruh belajar dan cakap bahasa Bangladesh pun korang ikut...last2 korang pun dah berperangai macam diorang siap pegang2 tangan lagi yang lelaki dengan lelaki.

*situasi kat atas ni hanyalah contoh untuk aku tunjukkan peristiwa yang memang unexpected gila...tapi aku tahu yang sangat rendah probability Bangladesh untuk serang Malaysia.

Cuba korang bayangkan pulak kalau bukan Bangladesh, tetapi negara bukan islam lain yang jajah Malaysia untuk menindas umat Islam. Korang rasa kalau tak ada perasaan marah ni boleh ada sifat berani ke nak berjuang? Confirm kalah kalau korang disuruh berperang tapi tak ada rasa marah pada musuh. Itu la sebab pentingnya ada perasaan marah ni dalam diri supaya boleh menambahkan keberanian kita.

3. Untuk mendidik
Aku nak tanya korang la, ada ke di antara korang yang parents/penjaga korang yang tak pernah marah langsung kat korang? Aku rasa mesti ada punya la kena marah walaupun sekali. Kadang2 ni kita kena jugak marah dan serius kalau nak mendidik tak kisah la mendidik anak2 ke, mendidik adik2 ke....supaya diorang lebih ingat untuk tidak melakukan kesilapan yang sama lagi. 

Kadang2 manusia ni bila dah kena marah baru dia nak sedar apa yang dia buat tu salah. Tapi, tak perlu la marah lebih2, boleh marah tapi berserdehana dan mengikut kesesuaian keadaan.

Sumber gambar
Ok...aku rasa dah panjang dah aku taip ni walaupun tak panjang mana, rasa penat pulak. Korang boleh faham kan point2 aku kat atas tu? Sifat marah tu dah semula jadi ada dalam diri kita. Kadang2 memang perlu untuk kita marah untuk kebaikan tetapi dalam marah ni kita perlu la berserdehana. Tak boleh la suka hati mak bapak korang je nak marah2 tak tentu pasal. Selagi boleh kawal, kena kawal.

Senang cerita kalau orang lain boleh kawal dengan keadaan yang sama macam korang alami, maka korang kena kawal marah. Tapi kalau keadaan tu memang akan menimbulkan kemarahan setiap manusia, haa...time tu korang pun kena la marah jugak. Contohnya macam situasi kat atas yang memerlukan korang untuk berperang.

Jadi, korang pandai2 la fikir sendiri bila patut marah, bila tak patut. Aku harap korang beroleh manfaat dari entri aku ni. Sekian. Thanks for reading. Hope you enjoy. ^_^

20 ulasan:

  1. morning ...nak tanye ni,cemane ade idea nak update pasal marah?hhuhuuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishh..budak ni, tak baca kat atas betul2 la ni. Marah nanti nangis pulak. Hahaha.....Ni statement tu: "Tapi kan....ada someone yang cakap kat aku yang marah itu perlu". So, dari sini dtg idea, lepas tu berkembang la dgn sendirinya.. :)

      Padam
  2. entry mcm up diri sniri pun ade ni. haha,, tp ade pro n contra jgk marah ni.. kalo kne marah x bersebab xpasal2 je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, eh kau ni korn....memandai je aku nak upkan diri sendiri. Aku cuma try utk jujur sebaik mungkin je ni. Takkan la kalau aku memang baik aku nak mengaku tak baik pulak kan. Kehkeh.. :)

      Padam
  3. Balasan
    1. PEHAL LA NAMA PANJANG SGT NI, PENDEKKAN SIKIT BOLEH X? Eh, termarah pulak...hahaha :) (just kidding...)

      Padam
  4. marah tu normal la. :) . kalau tak pernah marah tu , hmmm... something wrong la dengan diri :D , just perlu tahu la marah positif n marah negatif .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa...itulah yg saya nak dengar.. Marah positif. Sekarang dah tahu dah nak describe apa jenis marah yg sy bebel kat atas ni... Thanks. :)

      Padam
  5. marah berhikmah, atas sebab untuk membina diri itu mesti...;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Couldn't agree more. Marah pun ada hikmahnya. :)

      Padam
  6. marah tanda sayang..haha..tiba2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah betul la tu marah tanda sayang. Tp kenapa awak gelak2. Marah2 la sikit. Saya nak jugak rasa disayangi. Huhu...

      Padam
  7. hahahhahaa .... baca dengan penuh emosi part semua huruf besar tu .......
    pape pon , nice blog ..... huhuhuhuhuhuhuhuhuhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baca penuh emosi takpe jangan ambil hati sudah..hehe...Thanks good girl. :)

      Padam
  8. marah bertempat .. ok lah... kalau dah dipijak2 , takkan nak senyum jer lagiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro...kalau dah kena pijak2 tu sakit tu...kalau nak senyum pun x bole kot...hehe...

      Padam
  9. klu kena pada tempat nya elok la.,
    tp xrugi klu cuba bersabar & reda kan.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sabar tu lebih baik. Entri ni bukan nak suruh org lain marah pun. Cuma nak bgtau yg marah tu memang ada dlam diri kita dan kenapa penting ada sifat ni. :)

      Padam
  10. Hahaaa kekdng dgn marah kita mampu lepaskan sekala tekanan yang terbuku di hati.. Marah jgn dipendam. nanti menanah dan munculnya dendam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh sabar dan tahan marah tu lebih elok. Tak baik dendam2 ni. Kena selalu maafkan orang sebelum tidur. Insyaallah tak ada perasaan dendam tu. Kalau nak lepaskan sgt, pergi la bersukan pukul bola ke, sepak bola ke, apa2 je la. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...